Persidangan Dunia IASLC Ke-19 bagi Kanser Paru-paru Tiba di Toronto, Kanada

DENVER, Aug. 22, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) —

Perkara: Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) menganjurkan Persidangan Dunia Ke-19 IASLC bagi Kanser Paru-paru (WCLC) pada 23-26 September 2018, di Toronto, Kanada. (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khas kepada kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain dan dijangka akan menghimpunkan lebih 7,000 orang penyelidik, doktor, pakar, pesakit, penyokong dan ahli industri dari seluruh dunia.

Program saintifik WCLC menampilkan barisan pemimpin global dalam bidangnya. Penyampaian memberi tumpuan kepada sains canggih, termasuk kejayaan terbaru dalam terapi yang disasarkan dan imunoterapi; kemajuan dalam pemeriksaan, pengesanan awal dan pemeringkatan; pencegahan dan usaha berhenti merokok; inisiatif advokasi pesakit; dan banyak lagi. Kerjasama merentas disiplin dan sempadan adalah agenda utama. Program saintifik WCLC tersedia untuk dilihat dalam talian.

Masa dan Tempat: 23-26 September 2018, Metro Toronto Convention Centre North Building, 255 Front Street West, Toronto, Ontario, M5V 2W6, Canada

Siapa:  Pakar bedah, pakar onkologi perubatan, pakar onkologi radiasi, ahli pulmonologi, ahli radiologi, ahli epidemiologi, saintis penyelidikan asas, jururawat, ahli profesional kesihatan bersekutu, penyokong dan wakil industri akan berkumpul untuk berkongsi hasil dan kemajuan selanjutnya.

Maklumat lanjut: Lawati laman web rasmi persidangan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk mendaftar.

Perihal WCLC:
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khas kepada kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain. WCLC menghimpunkan seramai 7,000 orang penyelidik, doktor dan pakar daripada lebih dari 100 negara. Persidangan akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikut persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.

Perihal IASLC:
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru bagi seluruh disiplin, lebih dari 100 negara, membentuk perangkaian global yang bekerjasama untuk menawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di TwitterFacebookLinkedIn dan Instagram.

Hubungi: Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam IASLC 
Becky.Bunn@iaslc.org  | 720-325-2946  

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5f8c0583-657a-48a2-9d8b-0b3bd7897a6c

Ads