Penyelidik, Bekas Pesakit, Penyokong dan Pakar Perubatan Bersidang untuk Membincangkan Inovasi dalam Penyelidikan, Rawatan dan Sokongan Kanser Paru-paru di Persidangan Kanser Paru-paru dengan Pengunjung Paling Ramai di Dunia

TORONTO, Sept. 26, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) — Pesakit, bekas pesakit dan penyokong menyertai penyelidik dan pakar perubatan untuk membincangkan masa hadapan kanser paru-paru di Persidangan Dunia Ke-19 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) di Toronto, Kanada. Taklimat akhbar pertama persidangan itu menunjukkan bilangan pengunjung berdaftar yang telah memecahkan rekod (melebihi 7,300 orang), komuniti pesakit dan penjaga berusaha untuk mempercepat penyelidikan, menilai data tinjauan tentang keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru dan menggariskan impak pemprofilan genom komprehensif terhadap penjagaan pesakit.

Sidang akhbar tersebut dibuka dengan mesej alu-aluan daripada presiden bersama persidangan, Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc; Andrea Bezjak, M.D., FRCPC, MSc; dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan persidangan tahun ini.

Komuniti penjaga dan pesakit berdasarkan onkogen mencipta paradigma baharu untuk penyelidikan kanser paru-paru bukan sel kecil
Tinjauan terkini terhadap komuniti penjaga dan pesakit yang berfokus pada kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) dengan perubahan genom menunjukkan bahawa kumpulan ini menunjukkan hasil yang lebih baik dengan menyokong pesakit dan penjaga, meningkatkan kesedaran dan pendidikan, serta mempercepat penyelidikan.   
Penyokong pesakit, Janet Freeman-Daily, pengasas bersama untuk komuniti The ROS1ders, Robert C. Doebele, M.D., Ph.D., dari Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado dan Christine M. Lovly, M.D., Ph.D., dari Vanderbilt University School of Medicine, bekerjasama untuk mengenal pasti impak kumpulan pesakit berdasarkan onkogen.

“Kumpulan berdasarkan onkogen yang dicipta oleh pesakit dan penjaga memulakan era baharu dalam kerjasama penyelidikan kanser paru-paru,” kata Freeman-Daily. “Dengan kerjasama bersama penyelidik, klinisian, kumpulan penyokong dan industri, kita dapat mempercepat penyelidikan tentang penyakit kita.”
Baca siaran akhbar penuh di sini.

Data tinjauan daripada Persekutuan Kanser Paru-paru menekankan keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru jangka panjang yang tidak dipenuhi
Data tinjauan terkini menunjukkan bahawa bekas pesakit kanser paru-paru menandakan yang kesan emosi adalah lebih bermasalah untuk bekas pesakit kanser paru-paru jangka panjang selepas lima tahun, tidak seperti impak fizikal. Maureen Rigney, pekerja sosial klinikal berlesen dan Pengarah Inisiatif Sokongan untuk Persekutuan Kanser Paru-paru (LCA) berserta pasukannya telah menjalankan tinjauan dalam talian tentang rawatan dan sejarah merokok untuk 820 responden.

“Simtom seperti tidak cukup nafas dan lesu hanyalah sedikit daripada kesan sampingan yang boleh berlaku semasa dan selepas rawatan,” ujar Rigney. “Secara emosi, stigma dan keresahan kanser paru-paru tidak berakhir apabila rawatan tamat.”

Simtom jangka panjang dan lewat yang paling biasa termasuklah tidak cukup nafas, lesu, memori jangka pendek dan keresahan. Kadar kemandirian pesakit yang telah didiagnosis dengan kanser paru-paru terus meningkat dan kajian tambahan diperlukan bagi memahami cara terbaik untuk menyokong mereka.
Baca siaran akhbar penuh di sini.

Pemprofilan genom komperhensif membantu mengenal pasti pilihan terapi diperibadikan
Dapatan daripada kajian terkini menunjukkan bahawa pemprofilan genom komprehensif (CGP) ialah cara yang berguna untuk mengarah penjagaan pesakit, termasuk pengenal pastian terapi bersasar dan pendaftaran ujian klinikal.

Kimberly Rohan, jururawat pengamal di Pusat Kanser Edward di Naperville, Illinois, dan pasukannya telah menjalankan analisis retrospektif terhadap hasil CGP daripada 46 pesakit dengan diagnosis kanser, dan mengenal pasti 263 perubahan dalam populasi pesakit ini.

“Kami teruja kerana kami telah mencapai matlamat untuk menganalisis cara maklumat daripada pemprofilan genom dapat mempengaruhi atau mengubah penjagaan pesakit,” kata Rohan. “Dapatan kami, daripada 6 hingga 13 pesakit yang diserahkan kepada ujian klinikal, melebihi pendaftaran ujian klinikal kebangsaan dan menunjukkan peluang yang besar untuk pesakit yang menjalani rawatan kanser.”
Baca siaran akhbar penuh di sini.
Strim secara langsung untuk persidangan media setiap hari tersedia di sini.
Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 7,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Persidangan ini akan mengupas pelbagai disiplin dan mendedahkan hasil penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikuti persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.
Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang mengkhusus hanya untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. Diasaskan pada tahun 1974, ahli persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 negara dan membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology, iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawatiwww.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di Twitter, Facebook, LinkedIn dan Instagram.

Hubungan:  
Lisa Rivero  Becky Bunn, MSc
Naib Presiden    Pengurus Perhubungan Awam
lrivero@jpa.com| +1 617-657-1305 Becky.Bunn@IASLC.org | +1 720-254-9509

Ads